Monday, May 8, 2017

BERTUKAR KE 'AS-SYAMS'




“Saya sangat antusias membaca dan menimba ilmu pengetahuan. Saya percaya akan faedah ilmu bagi individu atau masyarakat, juga meyakini kewajipan menyebarkan ilmu di tengah umat manusia. Saya ingat, begitu cintanya kepada ilmu sampai-sampai saya pernah bertekad menerbitkan majalah bulanan sendiri yang saya beri nama As-Syams...."
Memoir Hassan al-Banna

Catitan imam al-Banna di atas sedikit sebanyak telah mecetuskan inspirasi buat kami untuk rebranding dari nama NASI & LEMAK kepada As-Syams. Semoga keberkatan sampai kepada almarhum imam. Sudah tiba masanya kita bergerak lebih serius. Kami lihat bahan bacaan alternatif untuk penggiat tarbiyah sudah semakin ringkas senarainya. Otai-otai pula sudah tidak aktif di alam papan kekunci.

Semoga Asy-Syams bakal menjadi pusat sinaran cahaya hidayah, cahaya yang membimbing para dai, murabbi dan mutarabbi yang kebingungan. Semoga ia menjadi sumber yang bakal menghidupkan di samping perlu wujudnya air dan udara. 

Jika anda ingin bersama menjayakan misi ini,

Boleh teruskan niat baik itu ke email di bawah

inspectorsaahab@gmail.com

No comments: